Sunday, November 8, 2009

Tugasan 1 : Ulasan Buku


Tajuk buku
Participatory Action Research for Educational Leadership
Using Data-Driven D
ecision Making to Improve Schools

Penulis
E. Alana James, Margaret T. Milenkiewicz & Alan Bucknam

Terbitan
SAGE Publications, Inc. USA
(2008)

Model PAR (Participatory Action Research)


Sumber : Alan Bucknam/Notchcode Creative, 2005

Langkah 1: Diagnosis (Diagnose)

Kaji faktor yang menyumbang kepada keadaan/situasi tersebut.

Langkah 2: Tindakan (Act)

Mengambil tindakan untuk meningkatkan keberkesanan yang mengubah keadaan status.

Langkah 3: Measure (Mengukur)

Mengukur dapatan tindakan yang diambil

Langkah 4: Refleksi

Membuat refleksi terhadap proses dan situasi serta langkah – langkah terlibat dengan orang lain.


Pengumpulan & Analisis Data

Data dikumpul secara lisan daripada individu.
  1. Temu bual : Sesi temubual dimana pengkaji menggunakan pelbagai teknik soal-jawab. Temu bual kebiasaannya mengambil masa 30 – 45 minit seorang.
  2. Kumpulan fokus : Temu bual secara kumpulan yang menggunakan pelbagai teknik dan mengambil tempoh masa yang sama seperti temubual.

Data diambil selepas atau semasa proses perubahan.
  1. Jurnal refleksi : Kejadian yang dicatat secara bertulis atau verbal.
  2. Nota lapangan : penerangan bertulis yang dilakukan oleh beberapa pemerhati.
Data dikumpul semasa kajian.
  1. Bukti anecdotal dan log : Data diambil kebiasaannya bukan daripada kumpulan pengkaji.
  2. Pemerhatian
  3. Tugasan pelajar.

No comments:

Post a Comment