Sunday, November 8, 2009

Tugasan 2 : Ulasan Jurnal

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

An Action Research Exploration Integrating Student Choice And Arts Activities In A Sixth Grade Social Studies Classroom

Courtney Kosky, West Virginia University

Reagan Curtis, West Virginia University

1. 1Beri contoh kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis atau penyelidik.

Kajian tindakan ini dilakukan bagi mengetahui samada integrasi keseniaan dalam pengajian pendidikan sosial dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi serta impaknya terhadap pencapaian pelajar.

2. Apa masalah yang dijadikan kajian?

Antara masalah yang dijadikan kajian oleh penyelidik ialah:

(i) Pelajar Gred 6 tidak melihat kepentingan subjek pengajian pendidikan sosial kerana guru hanya menumpukan perhatian terhadap subjek literasi dan matematik.

(ii) Kandungan subjek pengajian pendidikan sosial adalah penting kepada pelajar kerana subjek tersebut dapat menghubungkan pelajar dengan dunia sebenar dalam aspek seperti bahasa dan budaya sehinggalah kepada bentuk muka bumi dan iklim.

Pengkaji menyatakan 2 pernyataan masalah iaitu:

(i) Adakah dengan mengintegrasikan kesenian dalam pengajian pendidikan sosial di dalam bilik darjah dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar – pelajar?

(ii) Adakah peningkatan penglibatan dan motovasi pelajar menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih baik?

3. Apakah sampel kajian dan dimana setting kajian?

Sampel kajian:

Pelajar Gred 6 di Benedum Collaborative. Benedum Collaborative merupakan sekolah perkembangan profesional yang bekerjasama bagi Program Lima Tahun Pengajian Guru dengan universiti – universiti di Amerika Syarikat.

Setting kajian:

Sekolah yang menempatkan 650 orang pelajar Gred 6 sehingga 8, yang terdiri daripada 95% pelajarnya adalah berkulit putih dan 22% yang menerima makanan tengahari percuma.

4. Bagaimanakah pengkaji melakukan kajian tindakan?

Pengkaji tidak menyatakan dengan jelas tentang jenis model yang digunakan. Pengkaji melakukan kajian dengan menggunakan beberada kaedah yang berkaitan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai, Gardner & Moran, 2006. Sebagai contohnya, semasa mempelajari tentang tamadun lama, pelajar akan menggunakan kecerdasan visual mereka untuk membina peta, kecerdasan kinestatik untuk melakonkan watak – watak dalam cerita pendek Mayan, kecerdasan verbal untuk bercerita, membaca dan menulis berdasarkan simbol dan gambar dan kecerdasan logik untuk menyelesaikan masalah. Fokus utama kaedah ini digunakan adalah untuk mengintegrasikan keseniaan dalam pengajian pendidikan sosial, tetapi setiap konsep disampaikan dengan menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai.

5. Bagaimanakah pengkaji mengumpul dan analisis data kajian?

Pengumpulan data

(i) Kualitatif:

a. Perbincangan terbuka – guru akan berbincang dengan pelajar tentang perasaan mereka terhadap pembelajaran dan perubahan yang berlaku di dalam bilik darjah. Guru merekodkan perbualan yang berlaku, nota harian tentang bagaimana aktiviti dijalankan dan modifikasi untuk pengajaran akan datang.

(ii) Kuantitatif

a. Penilaian Kecerdasan Pelbagai atas talian (Pre-test) – bertujuan untuk mengetahui minat dan kekuatan (potensi) pelajar. Hasil penilaian ini akan digunakan oleh guru untuk merangka rancangan pengajaran.

b. Rate This Lesson (Post-test) – pelajar akan memberikan rating dari 1 hingga 10 dan menulis maklum balas berkenaan aspek pembelajaran atau aktiviti yang paling kurang diminati dan paling digemari.

c. Projek – pelajar diberikan 3 projek besar dan akan dinilai berasaskan beberapa jenis pentaksiran. Antaranya adalah ujian, kuiz, lembaran buku kerja, pengurusan grafik, penglibatan di dalam bilik darjah dan perbincangan.

Analisis data

(i) Penganalisisan data dilakukan secara berterusan sepanjang kajian dilakukan.

(ii) Didapati terdapat ramai pelajar yang mempunyai kekuatan di dalam kecerdasan kinestatik atau kecerdasan verbal.

(iii) Data menunjukkan penglibatan pelajar yang tinggi dan memberikan rating pembelajaran yang tinggi apabila pelajar didedahkan kepada aktiviti selain daripada aktiviti tradisional seperti membuat lembearan kerja.

(iv) Pelajar juga akan menunjukkan penglibatan yang tinggi apabila diberikan pilihan sendiri untuk melaksanakan projek.

(v) Pelajar juga menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi semasa kajian ini dijalankan.

6. Bagaimanakah pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

Pengkaji memaparkan dapatan kajian tindakan melalui graf yang menunjukkan bagaimana pelajar membuat rating terhadap 20 pembelajaran yang dilakukan dan penglibatan pelajar semasa kajian dilakukan.


Education and Treatment of Children Vol.32, No. 1,2009

The Effects of Teacher-Student Small Talk on Out-of Seat Behavior

Steven T. Patterson

Rowlett, Texas.

1. Beri contoh kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis atau penyelidik.

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sama ada guru boleh melaksanakan kajian Functional Behavior Assessment terhadap pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku pelajar yang sering keluar dari tempat duduknya.

2. Apa masalah yang dijadikan kajian?

Pengkaji menyatakan 1 pernyataan masalah iaitu:

(i) Bolehkah guru melaksanakan intervensi untuk masalah tingkah laku pelajar yang sering keluar dari tempat duduknya tanpa bantuan profesional.

3. Apakah sampel kajian dan dimana setting kajian?

Sampel kajian:

Steve, pelajar African-Amerika yang berusia 15 tahun dan tidak mempunyai defisit fizikal dan intelektual tetapi mengalami masalah tingkah laku kerap ingin keluar dari tempat duduknya di dalam kelas.

Guru yang mempunyai pengalaman mengajar hampir 12 tahun di sekolah luar bandar.

Setting kajian:

Sekolah tinggi yang terbesar di kawasan bandar di Amerika Syarikat

4. Bagaimanakah pengkaji melakukan kajian tindakan.

Pengkaji tidak menyatakan dengan jelas tentang jenis model yang digunakan. Pengkaji mengambil kira bahawa, pelajar akan melakukan tingkah laku tersebut sekiranya tidak diberi perhatian pada awal kelas dan semasa pengajaran sedang dilaksanakan. Pada awal pagi, sebelum kelas dimulakan, guru akan menegur Steve dan semasa kelas dijalankan, guru juga akan meminta Steve berkongsi pendapat dengan kelas. Hal ini bagi mengurangkan perlakuan Steve dan mengekalkan tumpuan Steve terhadap pembelajaran.

5. Bagaimanakah pengkaji mengumpul dan analisis data kajian?

Pengumpulan data

Data dikumpul melalui pemerhatian guru terhadap tingkah laku Steve. Guru akan meletakkan pencil yang tumpul di dalam poketnya. Setiap kali Steve bangun dari tempat duduknya, pensil akan dialihkan dari poket guru ke poketnya. Pada akhir kelas, guru akan meminta Steve memberikannya semula pensil tersebut dan mengira bilangan yang terdapat dalam poket Steve.

Intervensi ini diulang semula beberapa bulan setelah dilaksanakan.


Analisis data

Didapati, perlakuan Steve yang mewujudkan suasana gangguan tersebut berkurangan melalui intervensi yang dilakukan. Guru telah merekod bilangan pensil yag terdapat pada poket Steve.

6. Bagaimanakah pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

Pengkaji memaparkan dapatan kajian tindakan melalui graf yang menunjukkan perubahan tingkah laku Steve mengikut bilangan pensil yang terdapat pada poket Steve.


Educational Journal of Living Theories, Vol. 2(2): 232-256

Creativity in teaching plant production

Vehid Ibraković, High School Matija Antun Reljkovid, Slavonski Brod, Croatia

Branko Bognar, Josip Juraj Strossmayer University of Osijek, Croatia

1. Beri contoh kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis atau penyelidik.

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui cara yang paling berkesan supaya pelajar dapat mengalami kebebasan untuk memilih, terlibat secara kreatif di dalam kelas dan meminati subjek pertanian.

2. Apa masalah yang dijadikan kajian?

Pengkaji menyatakan 1 pernyataan masalah iaitu:

(i) Bagaimana hendak menggalakkan pelajar menunjukkan kreativiti mereka secara bebas di dalam kelas pertanian.

3. Apakah sampel kajian dan dimana setting kajian?

Sampel kajian:

17 orang pelajar yang terdiri daripada 7 orang budak lelaki dan 10 orang perempuan.

Setting kajian:

Sekolah tinggi yang terbesar di kawasan bandar di Amerika Syarikat

4. Bagaimanakah pengkaji melakukan kajian tindakan.

Pengkaji tidak menyatakan dengan jelas tentang model kajian tindakan yang digunakan. Walau bagaimanapun, berdasarkan jurnal ini didapati bahawa pengkaji melaksanakan kajian ke atas sampel iaitu pelajar kelasnya. Beliau telah menerapkan kemahiran berfikir di dalam pengajaran pertanian. Antara teknik yang telah beliau gunakan adalah provokasi, peta minda dan kaedah soalan (5W's & an H), sumbangsaran dan stimuli rawak. Beliau membuat rakaman dan mendapatkan maklum balas dari pelajar selepas setiap proses P&P. Kemudian, pengkaji membuat refleksi ke atas starategi pengajaran yang digunakan. Proses ini telah diulang sebanyak 2 kali.

5. Bagaimanakah pengkaji mengumpul dan analisis data kajian?

Pengumpulan data

(i) mengambil gambar dan video aktiviti pelajar

(ii) membuat catatan nota

(iii) melakukan temubual tidak formal sebelum, semasa kelas dan selepas kelas.

(iv) Menggunakan borang penilaian untuk diberikan rating oleh pelajar bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Analisis data

Berdasarkan borang penilaian yang diberikan kepada pelajar, didapati pelajar lebih gemar kaedah pengajaran yang diperkenalkan oleh pengkaji. Melalui rakaman yang dibuat juga, didapati penglibatan pelajar adalah lebih aktif. Pelajar lebih gemar dengan kaedah yang digunakan oleh pengkaji kerana pelajar bebas bergerak, melakukan aktiviti dengan cara mereka sendiri dan berkomunikasi berbanding kaedah pengajaran yang lama.

6. Bagaimanakah pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

Pengkaji memaparkan dapatan kajian tindakan melalui graf taburan, gambar dan video penglibatan pelajar dan buku rekod guru. Pengkaji turut memuat naik dapatan kajian terutamanya klip video di laman web Youtube.

7. Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal

Setiap pengkaji masing – masing mengkaji 3 masalah yang berlainan dan masalah tersebut berlaku di dalam persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, ketiga – tiga terlibat secara langsung kepada pelajar.

Jurnal pertama mengkaji tentang penyebatian kesenian di dalam subjek pengajian pendidikan sosial dan jurnal kedua ingin mengetahui kebolehan atau kemampuan seorang guru biasa melakukan intervensi mengikut prosedur tanpa sokongan universiti. Manakala, jurnal yang ketiga ingin melihat keberkesanan kaedah yang digunakan untuk membentuk pelajar yang kreatif.

8. Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan.

Ketiga – tiga jurnal tidak menyatakan dengan jelas model kajian tindakan yang digunakan. Walau bagaimanapun, ketiga – tiga jurnal ada menekankan beberapa proses yang terlibat dan menyerupai proses perlaksanaan kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi.

9. Apa yang anda dipelajari dari ketiga – tiga jurnal berkenaan.

Kajian tindakan di dalam pendidikan umumnya melibatkan proses mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam bilik darjah sama ada pada diri para pelajar, suasana bilik darjah, mahupun pada diri guru sendiri. Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, maka penambahbaikan perlu dilakukan dengan cara merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, dan dikukuhkan dengan pembinaan matlamat dan objektif yang jelas sebagai garis panduan kepada kajian yang ingin dilakukan.

Pelan tindakan yang dibentuk hendaklah merangkumi aspek :

(i) Langkah-langkah yang ingin diambil.

(ii) Perancangan untuk mengumpul data mengenai permasalahan tersebut.

(iii) Cara untuk memantau semula perancangan yang telah dibuat.

(iv) Bagaimana untuk menilai semula sama ada apa yang dirancang tercapai ataupun tidak.

Ini menunjukkan bahawa, proses kajian tindakan yang dilakukan tidak hanya melibatkan proses mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian semata-mata. Ia juga turut melibatkan proses mengumpul data-data, memautau perjalanan kajian sama ada berjalan seperti yang dirancang ataupun tidak, dan juga menilai semula sama ada matlamat dan objektif kajian tercapai ataupun tidak.

Sesuatu kajian tindakan juga melibatkan proses pengulangan pemantauan dan penilaian sepanjang kajian dilakukan bagi memastikan sebarang kekurangan di dalam kajian dapat diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa. Ini bertujuan untuk penambahbaikan sebarang fakta yang terdapat di dalam kajian, atau mungkin bagi memastikan tiada sebarang kesalahan yang berlaku.

No comments:

Post a Comment