Sunday, November 8, 2009

Aktiviti 1 : Tugasan 1 Buku

Apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan?

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kajian tindakan merupakan cabang daripada bidang umum yang digelar “penyelidikan pendidikan”. Penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu:

i. penyelidikan asas (basic research) - Penyelidikan asas bertujuan untuk memperoleh data empirik yang boleh digunakan untuk menghasilkan atau mengembangkan teori. penyelidikan asas merangkumi proses mengenal pasti masalah, meninjau pemboleh ubah melalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu, mewujudkan reka bentuk penyelidikan bagi meninjau masalah, memungut dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan berdasarkan perhubungan pemboleh ubah.

ii. penyelidikan gunaan (applied research) - Penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah amalan yang dihadapi oleh guru. Dalam konteks di Malaysia, penyelidikan gunaan digelar sebagai kajian tindakan (action research). Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.

Klasifikasi Baru Kajian Tindakan

Menurut pendekatan konvensional, kajian tindakan hanya dijalankan dalam konteks bilik darjah sahaja. Ini tidak begitu tepat dalam konteks sekarang. Pada masa kini, takrifan kajian lebih luas dan merangkumi komuniti pendidikan ataupun komuniti yang ada hubungan dengan pendidikan atau sekolah. Kini, kejayaan sesuatu usaha pendidikan bukankan seolah-olah peranan satu pihak dan memang bukanlah hanya peranan guru yang menjamin kejayaan pelajar, bahkan lain-lain pihak yang berkepentingan juga memainkan peranan dalam kejayaan pelajar.

Di antara pihak berkepentingan atau aspek-aspek yang mempengaruhi kejayaan pelajar adalah guru besar/pengetua sekolah, ibu bapa, komuniti di mana terletaknya sekolah, kemudahan yang sedia ada di sekolah, tuisyen, kelayakan guru dan sebagainya. Kejayaan sesuatu sekolah bukan lagi disebabkan sebab faktor guru dan pelajar seolah-olahnya tetapi gabungan faktor-faktor lain yang sama-sama memberi sumbangan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment