Wednesday, October 28, 2009

Tugasan Kelas : 10 sebab guru menjalankan kajian tindakan

Apa itu kajian tindakan?

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)


Tujuan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah bertujuan untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:

  • Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.

Kajian Tindakan amat releven dan signifikan dalam menyelesaikan masalah dalam pengurusan sekolah. Hal ini demikian,:

  • Ianya amat mudah dan dapat memberi tindakan susulan serta-merta.
  • Tidak memerlukan masa yang panjang.
  • Rekebentuk boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan sebenar di sekolah.
  • Penyelidik Kajian Tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian.
  • Penyelidikan dilakukan dalam keadaan sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskripsi dan naratif.
  • Laporan hasil kajian menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh guru.

Kajian tindakan adalah amat penting bagi warga pendidik, terutamanya bagi melaksanakan sesuatu penambahbaikan program atau sesuatu rancangan pengajaran. Dapat disimpulkan disini bahawa antara
10 sebab utama guru perlu melakukan kajian tindakan, iaitu sebagai penyelidik :

  1. Guru dapat mengenal pasti masalah sebenar yang berlaku di dalam kelas dan persekitaran sekolah lain yang terlibat.
  2. Guru dapat menilai sendiri keberkesanan P&P dan seterusnya memperbaiki amalan yang dipraktikkan.
  3. Guru dapat meningkatkan mutu amalan pendidikan melalui pendekatan, kaedah dan teknik P&P yang berkesan.
  4. Guru dapat berkongsi hasil kajian dengan guru yang lain seterusnya mempelbagaikan amalan P&P dan alat bantu mengajar.
  5. Guru dapat menyelesaikan masalah – masalah lain yang menyebabkan P&P tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  6. Guru dapat mencadangkan kepada pihak sekolah untuk menyediakan keperluan pelajar yang bersesuaian dengan proses P&P.
  7. Guru menjadi lebih prihatin, kritis dan kreatif dalam merancang P&P berkesan.
  8. Guru memperoleh dapatan kajian yang tepat melalui kajian yang dilakukan secara terancang dan bersistematik.
  9. Guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam amalan profesional seterusnya menggalakkan proses pembelajaran sepanjang hayat.
  10. Guru dapat menjana teori - teori dan idea - idea baru yang dapat meningkatkan tahap P&P seterusnya memperkembangkan pembangunan profesional.